Sekarat, Sopir Selamatkan 24 Penumpang di China
BEIJING,
KOMPAS.com - Seorang pemandu bas di China dipuji sebagai pahlawan
kerana menyelamatkan nyawa 24 penumpang setelah ia terluka parah oleh
sepotong puing besi yang menghentam kaca depan busnya.
Meski
kesakitan, pemandu bernama Wu Bin (48 tahun) itu tetap menginjak rem,
memindahkan gigi, menghidupkan lampu kecemasan dan mampu memberitahu
para penumpangnya untuk tidak berhamburan ke jalan raya pada 29 Mei
lalu. Video dramatik dari kamera keselamatan tentang kejadian itu disiarkan hari Ahad di televisyen kerajaan. Video
itu memperlihatkan sebuah potongan besi mematikan menghentam Wu di
lengan dan perut, serta ketenangannya dalam menangani situasi tersebut.
Logam
terbang berbobot 5,5 pon dan sepanjang 12 inci yang akhirnya meragut
nyawa Wu itu diyakini jatuh dari lori yang melaju di arah bertentangan,
lapor China Daily.
Para
penumpang pada awalnya tidak menyedari kalau telah terjadi sesuatu yang
tidak kena, kata Han Weichun, yang duduk di bahagian belakang bus. "Kami
mendengar suara pertembungan keras tapi berfikir itu mungkin kemalangan
yang melibatkan kenderaan lain," kata Han kepada China Daily. "Bus
kami menepi dengan lembut sebelum Wu berbalik ke arah kami, tampak
pucat dan berpeluh. Dia membuka pintu, menyuruh kami untuk berhati-hati
dan kemudian diam."
Para penumpang mengendong Wu yang cedera parah ke kerusi yang lebih selesa dan menelefon polis. Wu
lalu dilarikan ke rumah sakit, di mana akhirnya ia meninggal kerana
luka-lukanya pada tarikh 1 Jun, empat hari selepas kemalangan di bandar
Wuxi di Wilayah Jiangsu, China.
Doktor Zheng Fang mengatakan bahawa dia heran Wu mampu menjamin keselamatan para penumpangnya selepas kemalangan itu. Keadaan Wu, kata doktor Zheng, sangat parah. "Livernya rosak berat dan tiga tulang rusuk patah," katanya. "Dalam keadaan seperti itu, dia pasti kesakitan sekali. Saya kagum dia boleh melakukan itu."
Warga Hangzhou, tempat asal Wu, di China timur memuji dia sebagai pahlawan dan teladan. Jutaan
orang di seluruh China telah meminta pihak berkuasa untuk menyiasat
kemalangan tersebut dan memberikan bantuan kepada keluarga Wu.
Saudari
Wu, Wu Bing, mengatakan, meski saudarannya hanya 'orang biasa', aksinya
pada 29 Mei itu membuat keluarganya bangga padanya.
Majikan
Wu, Syarikat Pengangkutan penumpangan Jarak Jauh Hangzhou, mengatakan
Wu mempunyai rekod sempurna semasa memandu sejauh 620.000 kilometer
tanpa kemalangan lalu lintas atau aduan dari penumpang sejak tahun 2003.
Wang
Lizhen, yang telah menjadi isteri Wu selama 18 tahun, mengatakan
kata-kata terakhir suaminya kepadanya adalah ucapakan perpisahan. "Saya tahu dia tidak mahu meninggalkan saya ketika ia dirawat di rumah sakit," kata Wang kepada China Daily. "Ketika
ia tidak sedar, saya menyentuh keningnya dan memegang tangannya dan ia
bertindak balas sedikit. Dia seperti ingin bercakap dengan saya."
sumber: http://internasional.kompas.com/read/2012/06/05/12132016/Sekarat.Sopir.China.Selamatkan.24.Penumpang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar